1987年交通法令第45G(1)条文:(定义)
“规定的限制” 意指—
(a) 100毫升呼吸中含35毫克酒精;
(b) 100毫升血液中含80毫克酒精;或
(c) 100毫升尿液中含107毫克酒精;
1987年交通法令第第44(1)条文:(在醉酒或毒品的影响下驾驶汽车)
44(1)如何人在道路或其他公共场所驾驶汽车时:
(a)在醉酒或毒品的影响,以致无法正确控制车辆;或
(b)体内的酒精含量过多,以致其呼吸,血液或尿液中的酒精含量超过了“规定的限制”
以及造成任何人死亡或伤害,即属犯罪,一旦罪成,可被判不少过3年及不超过10年的监禁,以及不少于8000令吉及不超过2万令吉的罚款。
(3)根据本节被定罪的人,从定罪日期起吊销驾驶执照不少过5年,而第二次定罪或以后的定罪,从定罪日期起吊销驾驶执照10年。
1987年交通法令第45(1)条文:(在醉酒或毒品的影响下掌管车辆)
45(1)任何人在道路或其他公共场所掌管车辆,但没驾驶该车辆,不适合驾驶,因为他在在醉酒或毒品的影响,以致无法正确控制车辆,即属犯罪。
一旦罪成,可被判不超过1000令吉以及不超过3个月的监禁。第二次定罪或以后的定罪,可被判不少于2000令吉及不超过6000令吉的罚款,以及不超过12个月的监禁。
但在本节而言,若某人证明以下事实,则应视为该人没有掌管该车辆:
(a)他当时的状况不可能驾驶汽车;和
(b)当他在不适合驾驶期间,他没有在道路或其他公共场所驾驶汽车。
1987年交通法令第45A(1)条文:(酒精含量超过了规定的限制下驾驶或掌管车辆)
45A(1)任何人在道路或其他公共场所驾驶或试图驾驶汽车或掌管汽车时,其体内的酒精含量过多,以致其呼吸,血液或尿液中的酒精含量超过了“规定的限制”。
一旦罪成,可被判罚款不少过1000令吉及不超过6000令吉,或监禁不超过12个月。第二次定罪或以后的定罪,可被判不少于2000令吉及不多过1万令吉的罚款,以及不超过2年的监禁。
==Bahasa Malaysia==
Memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah
44. (1) Mana-mana orang yang, semasa memandu sesuatu kenderaan motor di jalan atau tempat awam lain—
(a) berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah, setakat yang menyebabkan tidak berdaya mengawal kenderaan itu dengan sepatutnya; atau
(b) mempunyai sebegitu banyak alkohol dalam badannya sehingga kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya melebihi had yang ditetapkan,
dan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lapan ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.
(2) Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya butir-butir mengenai apa-apa sabitan di bawah seksyen ini diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh orang yang disabitkan itu.
(3) Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini adalah hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh sepuluh tahun dari tarikh sabitan.
(4) Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis yang masih berkuat kuasa, mahkamah yang di hadapannya seseorang itu dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah memerintahkan penarikan balik segera lesen memandu orang itu dan hendaklah memerintahkan penggantungan lesen itu bermula dari tarikh pertuduhan itu dibacakan pertama kalinya kepada orang itu dan penggantungan itu hendaklah mula berkuat kuasa—
(a) sehingga mahkamah membuat keputusan muktamad terhadap pertuduhan itu; dan
(b) seolah-olah penggantungan itu adalah penggantungan yang disebut dalam seksyen 32.
(5A) Jika lesen memandu orang yang disebut dalam subseksyen (5) itu terkandung di dalam kad atau peranti elektronik pelbagai guna, perintah mahkamah di bawah subseksyen itu hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika butir-butir perintah itu telah dimasukkan ke dalam pangkalan data yang disenggarakan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah mengenai lesen memandu yang diberikan di bawah Akta ini dan pemegang lesen memandu itu.
(5B) Walau apa pun subseksyen (5A), Pengarah boleh mengarahkan orang yang disebut dalam subseksyen (5) supaya menyerahkan, dalam tempoh yang ditentukan oleh Pengarah, kad atau peranti elektronik pelbagai guna yang di dalamnya lesen memandu itu terkandung kepada Pengarah itu, atau kepada seorang pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, untuk dimasukkan ke dalam data yang tersimpan di dalam kad atau peranti itu butir-butir perintah yang dibuat oleh mahkamah di bawah subseksyen (5), dan Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah, selepas membuat pemasukan itu, dengan serta-merta mengembalikan kad atau peranti itu kepada orang itu.
Keadaan menjaga kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah
45. (1) Mana-mana orang yang apabila menjaga suatu kenderaan motor yang berada di jalan atau di tempat awam yang lain, tetapi tidak memandu kenderaan itu, tidak layak memandu kerana dia berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah hingga setakat yang menyebabkannya tidak berdaya menjaga sesuatu kenderaan motor dengan sepatutnya, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh dipenjarakan tidak melebihi tiga bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada enam ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan:
Dengan syarat bahawa seseorang hendaklah disifatkan bagi maksud seksyen ini sebagai tidak menjaga sesuatu kenderaan motor jika dia membuktikan—
(a) bahawa pada masa material itu hal keadaannya sedemikian rupa bahawa tidak ada kemungkinan baginya memandu kenderaan itu selagi dia masih tidak layak memandu demikian; dan
(b) bahawa di antara masa dia menjadi tidak layak untuk memandu dan masa material itu dia telah tidak memandu kenderaan itu di jalan atau tempat awam yang lain.
(2) Atas sabitan kali kedua atau kemudiannya bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, pesalah itu hendaklah, melainkan jika atas sebab khas, mahkamah memikirkan patut untuk memerintahkan selainnya dan tanpa menjejaskan kuasa mahkamah untuk memerintahkan tempoh hilang kelayakan yang lebih lama, dihilangkan kelayakan bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh sabitan itu daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu.
(3) Jika seseorang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini telah dahulunya disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen 44, dia hendaklah, bagi maksud seksyen ini dikira sebagai telah disabitkan dahulunya di bawah seksyen ini.
(4) Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.
Memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan
45A(1) Mana-mana orang yang, apabila memandu atau cuba memandu sesuatu kenderaan motor atau apabila menjaga sesuatu kenderaan motor di sesuatu jalan atau tempat awam lain, mempunyai sebegitu banyak alkohol di dalam badannya sehingga kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya melebihi had yang ditetapkan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada enam ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
(2) Adalah menjadi pembelaan bagi seseorang yang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) untuk membuktikan bahawa pada masa yang material itu hal keadaan sebegitu rupa sehingga tiada kemungkinan dia memandu kenderaan itu semasa kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya masih mungkin melebihi had yang ditetapkan.
(3) Apabila disabitkan bagi kali kedua atau kali kemudian bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini, pesalah itu hendaklah, melainkan jika mahkamah kerana sebab khas memikirkan patut diperintah selainnya dan tanpa menjejaskan kuasa mahkamah untuk memerintahkan tempoh kehilangan kelayakan yang lebih panjang, dihilangkan kelayakan bagi tempoh yang tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh sabitan itu daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu.
(4) Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.
Tafsiran seksyen 44 dan 45B hingga 45F
45G. (1) Bagi maksud seksyen 44 dan 45B hingga 45F—
“balai polis” termasuklah mana-mana tempat atau pengangkutan yang dibenarkan atau ditetapkan oleh Ketua Polis Negara untuk digunakan sebagai balai polis;
“gagal” termasuk enggan;
“had yang ditetapkan” ertinya—
(a) 35 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas;
(b) 80 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah; atau
(c) 107 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing;
“ujian nafas” termasuklah suatu ujian permulaan bagi maksud mendapatkan, dengan menggunakan alat penganalisis nafas yang ditetapkan, tanda sama ada kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencing seseorang sama atau melebihi had yang ditetapkan.
(2) Seseorang tidak mengadakan suatu spesimen nafas bagi ujian nafas atau bagi analisis melainkan jika spesimen itu cukup untuk membolehkan ujian atau analisis itu dijalankan dan diadakan dengan cara yang membolehkan tujuan ujian atau analisis itu dicapai dengan memuaskan.
0 comments: