怡保: 小食中心提供陪坐,19中国女被逮捕
(霹雳.怡保)怡保市中心某小食中心周末晚给顾客“中国籍陪坐女郎”服务,周六晚遭霹雳移民局人员闻风而至围捕,连同附近一间酒吧,共有19名中国籍女郎及2名缅甸籍男子被捕。
霹雳移民局局长卡玛鲁丁周日晚发表文告指出,该局于周六晚上7至晚上9时,在怡保罗素街展开联合取缔行动,遭扣留的21名男女年龄介于28岁至50岁。
他表示,该局初步调查所获,有关小食中心每天都有营业,但是在周六和周日晚上会有陪坐女郎的服务,在女郎未与顾客前往小食中心后面的公寓前,会先在小食中心陪坐。
他也指出,这些女郎的收入不定,全靠顾客给小费。
他表示,在执法人员抵达小食中心时,有数名女子企图往大路方向逃跑,然而当时大路来往车辆相当繁忙,所幸由执法人员阻止。
他指出,被扣留者皆违反1959/63年移民局法令的滥用签证和逾期逗留。
(霹雳移民局取缔怡保市中心1间有中国籍女郎陪坐的小食中心。)
(一名缅甸籍男子企图躲在啤酒箱后面逃避取缔不果。)
资讯取自:光华日报
==Bahasa Malaysia==
Ipoh 13 Sept. - Ditemani wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO) semasa menjamu selera sebelum layanan diteruskan di pangsapuri berhampiran.
Itu modus operandi sebuah kedai makan yang menawarkan perkhidmatan istimewa kepada lelaki hidung belang.
Bagaimanapun, taktik tersebut terbongkar berikutan serbuan oleh Jabatan Imigresen Perak di premis yang terletak di Jalan Russel di sini semalam.
Pengarah Imigresen Perak, Kamalludin Ismail berkata, siasatan mendapati modus operandi yang digunakan kedai makan berkenaan adalah dengan menyediakan perkhidmatan gadis peneman atau GRO kepada pelanggan.
Katanya, pelanggan akan diberi layanan manja sebelum dibawa ke pangsapuri yang terletak di belakang premis berkenaan.
"Kedai makan ini beroperasi setiap hari tetapi menjalankan perkhidmatan GRO pada hari Sabtu dan Ahad di sebelah malam sahaja.
Bayaran kepada GRO ini bergantung kepada tips yang diberikan pelanggan," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.
Menurut beliau, serbuan yang dilakukan bermula pukul 7 malam di kedai makan dan sebuah pusat hiburan berhampiran itu menyebabkan keadaan menjadi kecoh setelah wanita warga asing tersebut bertempiaran lari mengelak daripada dicekup.
Katanya, mereka yang bekerja sebagai GRO itu terdiri daripada 19 wanita warga China selain dua lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 28 hingga 50 tahun.
"Serbuan selama dua jam ke atas dua premis itu dijalankan atas risikan dan maklumat awam kerana disyaki menggaji pekerja warga asing tanpa pas yang sah.
"Semasa serbuan dijalankan, beberapa warga asing yang menyedari kehadiran pihak berkuasa cuba melarikan diri keluar dari premis berkenaan.
"Terdapat juga warga asing yang sanggup menggadai nyawa dengan berlari ke arah jalan besar yang ketika itu sibuk dengan kenderaan.
"Bagaimanapun, cubaan melarikan diri itu gagal dengan ketangkasan pegawai yang akhirnya berjaya memberkas mereka," katanya.
Katanya, siasatan mendapati kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah dan tinggal lebih masa.
Sumber : PerakGazette
时事新闻
0 comments: